Showing posts with label Informasi & Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi & Motivasi. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Solat Itu Tiang Agama


Assalammualaikum,
Salam Sejahtera,

Solat adalah satu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam tidak kira ianya miskin, kaya, hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita.

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya.


Maka, marilah kita bersolat dan jangan sesekali mengabaikannya.


#sembahyanglahandasebelumandadisembahyangkan



Teks: Maslinda Noor
Imej: Google

Sunday, 18 May 2014

Tips Awet Muda


Assalammualaikum,

Proses penuaan adalah salah satu fasa dalam kehidupan kita. Semua orang akan melaluinya samada lelaki mahupun wanita. Namun bagi seorang wanita proses ini amat menakutkan. Nampak aje garisan kedut sikit, apalagi macam meroyan cari produk 'anti-wrinkles' lah, 'rejuvenate' lah dan ntah apa-apa lagi yang ada di pasaran. Semua nak nampak muda sentiasa hingga ada segelintirnya sanggup memudaratkan diri sendiri.

Kata orang mencegah lebih baik dari merawat. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk melambatkan proses ini, yang saya korek rahsia & petuanya dari kawan-kawan, mak-mak saudara dan jiran tetangga.

TIPS AWET MUDA
  1. Bangun pagi jangan cuci muka dulu. Ketika muka masih berminyak, urut dari dagu ke dahi. Tak kisahlah nak urut secara membulat ke, zig zag ke atau tonyoh-tonyoh aje ke yang pasti urutan haruslah ke atas, bukan ke bawah.
  2. Bangun dari tidur buatkan senaman ('warm-up') ala kadar. Kendurkan urat-urat yang tegang dan beselirat.
  3. Sebelum gosok gigi, minumlah segelas air kosong dan baca selawat. Kumur-kumur dan telan.
  4. Mandi pagi. Seeloknya sebelum solat subuh, barulah 'fresh'.
  5. Tidur yang cukup. Janganlah jadi burung hantu yang berjaga malam. Jangan tidur kurang dari 6jam. Kalau dapat tidur 8jam sehari, itu satu bonus buat kulit kita.
  6. Banyakkan minum air. Air kosong, bukan air yang manis-manis. Air berkarbonat tidak digalakkan.
  7. Banyakkan makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
  8. Jangan suka marah-marah. Bila kita marah muka berkerut, nanti cepat berkedut.
  9. Kalau boleh jagalah wuduk.
  10. Pastikan muka bersih dari sebarang alat solek sebelum tidur.
  11. Senyumlah selalu.
  12. Berdoalah selalu agar dicantikkan paras rupa dan akhlak.
Selamat Mencuba!


Teks: Maslinda Noor
Imej: Google

Monday, 12 May 2014

Peranan Ibu Dalam Keluarga


Assalammualaikum,

Teks: Maslinda Noor

Mei bulan yang sinonim dengan Hari Ibu. Tidak kira apapun panggilan sama ada ibu, emak, umi, mama, mummy, ama, peranannya tetap sama.

Peranan ibu dalam keluarga nampak mudah seperti menjaga anak, memasak, membasuh&menggosok pakaian, mengemas, menghantar anak ke sekolah, memantau kerja sekolah, membebel(akulah tu!) dan sebagainya yang berkaitan dengan urusan rumahtangga. Senang kan?

Namun hakikatnya, peranan ibu amatlah sukar dan berat. Lebih-lebih lagi di era cyber dan gadget ini, pelbagai cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak-anak.

Peranan ibu dalam keluarga:

1- Menjadi 'role-model'
  • tunjuk teladan yang baik.
  • berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut.
  • menghormati dan menjaga hubungan antara satu sama lain.
2- Melengkapkan diri dengan ilmu
  • ilmu keibubapaan bagi memahami tanggungjawab yang dipikul
  • ilmu keagamaan agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam mendidik anak-anak
  • ilmu kesihatan agar dapat mencegah dan merawat anak-anak dari sebarang penyakit
  • ilmu pemakanan agar dapat menyediakan gizi yang baik dan seimbang pada keluarganya
3- Memberi perhatian dan kasih sayang
  • berkomunikasi dengan anak
  • memberi sentuhan walau hanya dengan satu jari
  • meluangkan masa berekreasi bersama
4- Memberi didikan agama dan moral
  • mengajar asas solat dan mengaji
  • menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral
  • memupuk anak-anak menghormati dan saling bekerjasama sesama adik beradik
5- Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
  • menegur dan memperbetulkan perlakuan yang tidak baik
  • mengenali kawan-kawan mereka agar tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak
  • memantau kegiatan luar anak-anak agar tidak terjebak ke kancah negatif
Besar sungguh peranan seorang ibu. Mampukah kita merealisasikannya?  

    
 *SELAMAT HARI IBU BUAT IBU-IBU HEBAT SEDUNIA.   



Friday, 2 May 2014

ABDR, WAHM

Teks: MaslindaNoor
Imej: ABDR

Assalammualaikum dan bismillah,,

Apakah ABDR, WAHM? Dulu saya sering tertanya-tanya apakah maknanya. Pencarian di google menemukan saya maksudnya. "ABDR(Akademi Bekerja Di Rumah)" dan "WAHM(Work At Home Moms)".

Menarik dan tertarik. Segera saya menyertainya, memandangkan saya memang tercari-cari bagaimana caranya mencari sumber pendapatan tanpa perlu keluar rumah untuk bekerja. Diperkenalkan oleh Guru Online saya Puan Zaila Mohamad saya disaran mendaftar di Kelas Asas Blog Fan Page & Dropship.

Bermula dengan kosong ilmu tentang blog, saya memang tidak pernah dan tidak tahu berblog. Berpandukan eBook yang diberi selepas mendaftar kelas ditambah bimbingan sifu saya membina blog sendiri. Walau masih baru di ABDR saya dapat banyak ilmu yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Kalaulah dari dulu lagi saya menyertainya nescaya pelbagai ilmu dapat diserap.

Namun bagi saya masih belum terlambat bak kata pepatah biar lambat bertindak asal jangan tidak bertindak langsung. Saya yakin dengan usaha dan doa saya dapat memulakan dan melebarkan empayar bisnes saya sendiri. Saya juga berharap saya boleh menjadi seperti sifu-sifu di ABDR.

Amin.