Tuesday 24 June 2014

Cara Memasak Nasi Arab Menggunakan REMPAH SEGERA NASI ARAB AL-BAYT ~ NASI MANDY AYAM

Assalammualaikum
Salam sejahtera

Di sini ingin saya kongsikan pengalaman memasak nasi arab menggunakan REMPAH SEGERA NASI ARAB AL-BAYT.

NASI MANDY AYAM

Bahan-bahan:
~rempah segera nasi mandy ayam 
~1 ekor ayam (ikut suka nak potong kecil @ potong 4 aje...)
~2 biji bawang besar - hiris
~5 ulas bawang putih untuk tumis - hiris
~5 ulas bawang putih untuk perap ayam - tumbuk
~2 biji cili hijau (tak perlu belah)
~tomato puri (2 sudu untuk perap ayam & 2 sudu untuk tumis)
~garam

Cara masak:
~rendam beras selama 20 minit @ lebih. Kemudian tos beras.
~perap ayam: 1 1/2 sudu makan rempah serbuk + 2 sudu makan tomato puri + 5 ulas bawang putih + 2 sudu teh garam....perap 2 jam @ lebih.
~tumis: bawang besar + bawang putih + rempah kering. Bila dah agak kekuningan masukkan lebihan rempah serbuk & tomato puri. Kecilkan api, takut nanti hangus pula.
~Masukkan 600ml air dalam tumisan. Bila sudah mendidih tutup api.
~Masukkan ke dalam 'rice cooker' bersama beras yang ditos tadi. Tambahkan garam 1 1/2 sudu teh & cili hijau.
~Ayam terpulanglah nak masak dalam oven atau panggang atas dapur. Saya masukkan ayam dalam 'microwave' 10 minit & bakar dengan BBQ set. Simpan air/stok yang keluar dari ayam.
~Bila nasi sudah masak 80%, masukkan air lebihan ayam tadi & gaul perlahan-lahan. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
~Hidang dengan ayam bakar, sos harrah & salad arab. Nanti akan saya tunjukkan cara membuatnya.

Perap ayam
Tumis bawang2, rempah2 & tomato puri
Dah siap nasi mandy ayam
Macam ni la kalau bakar guna arang, hitam menawan...
gambar 'blur' sikit sebab tak sabar nak makan..hehe
Sos harrah & salad arab

**Selamat mencuba ye.....


Untuk pembelian REMPAH SEGERA NASI ARAB AL-BAYT sila hubungi saya:

Fb: Maslinda Noor

Fp: Kedai Serbaneka Online

Tel: 0127326976

Email: maslindanoor@gmail.com



No comments:

Post a Comment