Thursday, 26 June 2014

NASI ARAB~Cara buat SOS HARRAH & SALAD ARAB

Assalammualaikum 
Salam sejahtera


Tak lengkap rasanya hidangan nasi arab tanpa sos harrah & salad arab. Di sini saya nak kongsikan sedikit cara-cara nak buat sos harrah & salad arab yang amat mudah ni.

SOS HARRAH

Bahan-bahan:
~2 biji tomato
~3-4 biji cili padi
~secubit garam
~sedikit daun ketumbar
~sesudu perahan lemon

Cara buat:
~Kisar semua bahan tanpa air. Kalau suka masam tambah perahan lemon.

Ni dia sos harrah saya...lebih cili api & lemon
barulah 'best'

SALAD ARAB

Bahan-bahan:
~2 biji tomato - potong dadu
~1 biji timun (saya guna timun cina sebab lebih rangup) - potong dadu
~1/2 biji bawang besar - hiris
~secubit garam
~secubit serbuk lada hitam
~sedikit daun ketumbar

Cara buat:
~Campur semua & gaul. 
~Hidanglah bersama nasi arab.

Yang ni pulak salad arab saya...

*Selamat mencuba!!!



Harga 1 kotak : RM15

Kos pos : RM7 (Sm) / RM10 (S&S)


*Terdapat 4 jenis Rempah Segera Nasi Arab Al-Bayt:-
~ Nasi Mandy Ayam
~ Nasi Mandy Kambing
~ Nasi Kabsah Ayam
~ Nasi Maqluba Ayam

*Dalam 1 kotak sudah tersedia beras basmathi super long, rempah serbuk & kasar. Resepi juga ada di belakang kotak untuk rujukan. Sekotak nasi arab sesuai untuk hidangan 4-5 orang. Amat berbaloi kan? Mudahnya memasak untuk keluarga. Saya dah cuba...kawan-kawan bila pula?



Hubungi saya untuk tempahan;

Maslinda Noor

Kedai Serbaneka Online

0127326976


No comments:

Post a Comment