Thursday 26 June 2014

22062014~Sambutan Hari Jadi Mak Yang Ke-58

Teks: Maslinda Noor
Imej: Google & my sis Fairus Shima


Assalammualaikum
Salam sejahtera

#throwback 22062014....
Sambutan hari lahir mak disambut serba sederhana pada petang Ahad. Namun kemeriahan tetap terasa dek kekecohan & keriuhan anak-anak serta cucu-cucu Puan Azizah & Encik Noor. Itupun ada yang tidak dapat turut serta disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan, jika tidak pasti lebih 'happening'.

Walau mak dah menjangkau usia 58 tahun mak tetap 'gorgeous' dan alhamdulillah mak diberi kesihatan olehNYA. Mak memang kuat, tabah & jarang sekali mak sakit bahkan demam, batuk, selesema pun rasanya boleh dikira. Mungkin ada hikmahnya. Mak perlu sihat untuk jaga abah yang kerap sakit. "Along doakan mak akan terus diberi kesihatan & kesejahteraan olehNYA dan buat abah Along doakan abah tabah & sabar menghadapi dugaanNYA."
We love our mom...happy 58th birthday!!!
Berbalik pada sambutan hari jadi mak. Menu utama dah tentulah kek harijadi yang comel 'kaler pink' yang ditempah oleh adikku Natrah. Menu kedua ni yang nak 'habaq mai' ni....NASI MANDY AYAM & NASI MANDY KAMBING (haah..CAPSLOCK kau!). Saya & adik saya Fairus Shima & 'of course' la mak, sibuk bereksperimen di dapur. Adik bongsu saya Iqlima Zulaikha sibuk dengan pembikinan 'fruit salad'nya. Para lelaki mem'BBQ' di luar. Masing-masing sibuk & menyibukkan diri.


'Thumbs up' pada Rempah Segera Nasi Arab Al-Bayt ni. Mudah & jimat masa. Semuanya beri kata-kata pujian. Siap ada yang nak 'order' lagi (siapalah agaknya tu ye??) hehe...Pendek kata majlis serba sederhana ni berjalan lancar & sempurna. Dalam kata lain 'happy ending'....THE END.


Untuk tempahan Nasi Arab Al-Bayt sila hubungi saya;

Maslinda Noor

Kedai Serbaneka Online

0127326976


1 comment: