Tuesday 24 June 2014

Cara Memasak Nasi Arab Menggunakan Rempah Segera Nasi Arab Al-Bayt - NASI MANDY KAMBING

Assalammualaikum
Salam sejahtera


Sebelum ini, telah saya kongsikan pengalaman saya memasak Nasi Mandy Ayam. Kali ini akan saya kongsikan pula cara memasak Nasi Mandy Kambing menggunakan Rempah Segera Nasi Arab Al-Bayt.

NASI MANDY KAMBING

Bahan-bahan:
~Rempah Segera Nasi Mandy Kambing
~Kambing (saya guna kambing ready made yg untuk buat lamb chop tu)
~2 biji bawang besar - hiris
~5 ulas bawang puth - hiris
~2 biji cili hijau (tak perlu dibelah)
~garam

Cara masak:
~rendam beras selama 20 minit @ lebih. Kemudian tos beras.
~rebus daging kambing hingga lembut.
~tumis: bawang besar + bawang putih + rempah kering. Bila dah agak kekuningan masukkan rempah serbuk. Kecilkan api, takut nanti hangus pula.
~Masukkan hasil tumisan ke dalam 'rice cooker' bersama beras, daging kambing & air rebusan tadi. Air perlulah 600ml. Tambahkan garam 1 1/2 sudu teh, serbuk kunyit @ pewarna kuning & cili hijau. Biar hingga masak.
~Hidang bersama sos harrah & salad arab. Nanti akan saya tunjukkan cara membuatnya.

Tumisan bawang2 + rempah kering & serbuk

Rebusan kambing & beras dalam
'rice cooker'....ready to cook
Dah siap pun Nasi Mandy Kambing ni....
bau dia memang power!
Hidang bersama sos harrah & salad arab




**Selamat mencuba ye.....senang sangat!



Untuk pembelian REMPAH SEGERA NASI ARAB AL-BAYT sila hubungi saya:

Fb: Maslinda Noor

Fp: Kedai Serbaneka Online

Tel: 0127326976

Email: maslindanoor@gmail.com


No comments:

Post a Comment