Friday 16 May 2014

Selamat Hari Guru!


Assalammualaikum,

Tanggal 16 Mei bukan sahaja hari yang dinanti oleh para guru malah anak-anak didiknya juga. Begitu jugalah dengan anak-anakku yang teramatlah "excited" bila menjelang hari guru. Masing-masing nak belikan hadiah. "Kenapa Ayin nak beri hadiah pada cikgu?" sengajaku soal anak aku yang berumur 6 tahun. "Cikgu baik, Ayin sayang cikgu, cikgu ajar Ayin membaca?" jawabnya. Wah, berbunga riang mendengarnya, pandai juga dia menghargai. Bangga mak dia,,,

Maka bermulalah operasi balut-membalut hadiah malam tadi. Yang tukang balut siapa? Hmmm,,akulah siapa lagi. Nak tak nak balutlah demi nak menghargai pengorbanan para guru yang telah mendidik anak-anakku.


Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar pendidik, cikgu, guru, sifu dan sebagainya. Tidak lupa juga buat bekas-bekas guru yang telah banyak mencurahkan ilmu.

Guru salah satu profesion mulia. Mengajar, mendidik bahkan membimbing tanpa pernah jemu demi melihat kejayaan anak bangsa.

Maka dengan itu, hormati dan hargailah guru-guru kita semua walau hanya sekadar ucapan terima kasih.

SELAMAT HARI GURU & TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU HEBAT SEDUNIA!


Teks: Maslinda Noor
Imej: Google

No comments:

Post a Comment