Tuesday 6 May 2014

Pengalaman Menjadi Guru Tadika

Teks: Maslinda Noor
Imej: Koleksi Peribadi


Assalammulaikum,

Bidang perguruan bukan bidang saya. Tidak pernah terlintas menjadi seorang guru walau sekadar guru tadika. Setakat mengajar anak-anak di rumah bolehlah.

Tahun 2010, saya mendaftar anak kedua ke Tadika Anak Cerdas. Kebetulan mereka kekurangan tenaga pangajar. Semasa mendaftar Pengetua Tadika itu menemuramah saya secara tidak formal dan terus ditawarkan bekerja di situ.

Bermulalah kerjaya saya sebagai guru tadika. Pada permulaannya memang kekok dan buntu kerana tiada asas mengajar. Namun setelah menghadiri Kursus Asas Pra Sekolah Bagi Guru-Guru Tadika Swasta Negeri Perak Tahun 2010 anjuran Jabatan Pelajaran Perak dan bimbingan dari Puan Pengetua dan juga guru di situ segalanya berjalan lancar. Teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang dipelajari saya salurkan pada anak-anak didik saya.

Mengajar kanak-kanak berusia 5 & 6tahun memang meguji kesabaran fizikal dan mental. Memang sukar tapi dengan sedikit ilmu yang ditimba dapatlah saya mencurahkan ilmu buat mereka. Ada segelintir anak didik saya yang sudah mahir membaca seawal 4bulan sahaja. Betapa gembira dan terujanya saya.

Terharu, bangga dan gembira tatkala para ibu bapa mengucapkan terima kasih. Memang tidak terluah oleh kata-kata. Pengalaman dan ilmu yang ditimba di Tadika Anak Cerdas amat bermakna dalam kamus hidup saya. Hanya doa dan harapan saya panjatkan buat mereka agar berjaya di dunia dan akhirat.



*Kenangan terindah,,,,

No comments:

Post a Comment