Sunday 4 May 2014

Aduhailah Anak,,,

Assalammualaikum,

Semoga pagi Sabtu, membawa keberkatan dan keceriaan buat semua. Hari ini bangun lewat sikit, sekitar jam 6.00pg. Selesai urusan dengan Allah, seperti biasa berperang di dapur. Hari ini saya 'mlempeng' sahaja memandangkan tiada bahan untuk memasak. Niat di hati nak menggoreng bihun tapi lupa nak beli bahannya semalam. Jadi lempeng tepung yang dicicah sambal udang kering jadi santapan pagi ini. Resepi ini dari ibu mertua saya Bonda Asiah. Encik suami suka sangat makan benda alah ni. Anak-anak pula lebih suka cicah susu @ gula. Saya pula suka kalau lempeng dicicah sambal tumis. Tapi malas pula nak masak sambal tumis, bukan apa, malas nak blend lada.

Jam 7.00pg, hantar anak sulung ke sekolah sebab ada Hari Anugerah. Balik rumah berperang lagi, tapi kali ini dengan kain kotor, sampah sarap, pinggan mangkuk dan juga anak-anak. Anak-anak kalau hari tak bersekolah memang amat memenatkan. Bebelan dan ngauman saya lebih dari hari-hari biasa. Biasalah anak-anak bila sudah bergabung, meletup, memang huru-hara jadinya.

Balik kampung. Perjalanan tidaklah sejauh mana, lebih kurang 2jam. Tapi terasa macam 10jam dalam kereta, mana tidaknya, sepanjang perjalanan asyik bergaduh saja. Stress sungguh! Aduhai anak-anak cepatlah membesar, mak sentiasa doakan kalian jadi anak yang soleh dan solehah. Penat lelah mak dan abah menjaga kalian tidak minta di balas dengan harta dan wang ringgit. Cukuplah sekadar doa dari kalian.

*Anak-anak adalah harta paling berharga dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment