Thursday 1 May 2014

Menu Nasi Goreng Telur dan Roti Jala

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ini cuti Hari Pekerja. Suami dan anak-anak cuti bermakna maknya pun cuti. Tapi cuti dari menghantar anak ke sekolah ajelah. Tugasan lain tetap sedia menanti untuk dibereskan. Pendek kata surirumah ni takde cutilah. Dek kerana cuti yang sehari saje ni, saya pun ambil kesempatan bangun lewat. Kalau kebiasaan 4.30pagi sudah berperang di dapur, kali ini 7.00pagi baru buka mata. Selesai saja urusan dengan Tuhan Yang Maha Esa, terus ke dapur. Nak masak apa ye?? Oh nasi dan kari ayam semalam masih berbaki jadi apalagi goreng nasi sajalah (menu bidan terjunlah kiranya tu..). Kalau saya suka nasi goreng pedas-pedas. Anak punya pasal terus jadi Nasi Goreng Telur tanpa cili, cuma lada hitam.


Anak yang nombor 3 suka sangat nasi goreng ni. Memandangkan ada baki kari ayam semalam, saya buatlah roti jala demi suami tercinta.

Selamat bersarapan semua!


No comments:

Post a Comment