Assalammualaikum,
Salam Sejahtera,
"Eeuuwww! Apa yang aku pijak ni? Sisa buangan siapalah ini, berlendir!" bentak aku dalam hati. Hati aku tambah panas bila sisa buangan itu melekat pada selipar Cap Tulang Ikan aku. Mana tidaknya dengan cuaca panas, ditambah menggalas 'handbag' 10kg (Adam Haziq lah tu...), terpijak pula kumbahan yang entah milik siapa. Sungguh menjijikkan.
Tolonglah.....jangan meludah di merata-rata tempat. Pergilah cari tandas ke, buang di tisu ke atau simpan dulu ke, paling tidak pun kalau kemaruk sangat hendak meludah, ludahlah ke longkang, tempat yang bukan menjadi kawasan lalu-lalang.
Kadang-kadang mereka yang meludah merata-rata ni sudah terbiasa hinggakan menjadi satu tabiat. Susah nak diubah sikap segelintir mereka ini. Kesedaran sivik mungkin tidak diterapkan pada mereka sejak azali.
Maka dengan itu, pupuklah nilai moral dan sivik ini pada anak-anak kita. Melentur buluh biar dari rebungnya. Pada mereka yang mempunyai tabiat buruk ini, hentikanlah kerana ianya tidak sopan dan tidak 'macho langsung'. Akhir kata, praktikkanlah pendidikan sivik yang telah kita pelajari di sekolah dulu dan terapkanlah nilai-nilai murni dalam kehidupan.
#donotspiteverywhere
Teks: Maslinda Noor
Imej: Google
No comments:
Post a Comment