Friday, 23 May 2014

Tentang Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)


Assalammualaikum,


Siapa pengasas ABDR?
Puan Masayu Ahmad penulis ebook Janawang Di Rumah, Belajar Asas Blog, SuperWAHM, SuperMOM, 101 Idea Home-Based Bisnes, Mula Bisnes Butik dan Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden.

Tujuan ABDR ditubuhkan?
Memberi peluang kepada suri rumah sepenuh masa dan suri rumah berkerjaya menjana pendapatan hanya dari rumah.

Apa yang ditawarkan ABDR?
Kami menawarkan kelas-kelas online seperti:

1- Kelas asas blog dan penulisan
2- Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3- Kelas penulisan kreatif
4- Kelas penulisan ebook pertama
5- Kelas akaun online/offline
6- Kelas asas wordpress
7- Kelas borong telekung solat
8- Kelas iklan mudah.my
9- Rakan niaga / pengurus online
10- Tempahan blog bisnes

Info kelas:

1- Kelas online asas blog dan penulisan
Belajar menulis secara santai tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini adalah salah satu cara menarik minat pembaca agar suka baca dan bertandang ke blog kita. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai Blogger di akademi kami yang sudah mencecah 700 blog untuk membantu aliran trafik blog. Juga belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk kita terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk menyertai kelas ini.

2- Kelas online asas blog fanpage mula bisnes
Bagi yang mahu memulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tetapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma iaitu blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri berkerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis secara konsisten, membuat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, membuat fanpge dan juga belajar membuat pautan antara bloguntuk aliran trafik.

3- Kelas penulisan kreatif
Bagi yang bercita-cita untuk menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insyaAllah boleh menulis novel.

4- Kelas penulisan ebook pertama
Bagi yang ingin menghasilkan ebook sendiri.

5- Kelas akaun online/offline
Kami menawarkan kelas menguruskan akaun bisnes secara online dan offline.

6- Kelas asas wordpress
Bagi yang ingin belajar membuat website.

7- Kelas borong telekung solat
Khusus untuk mereka yang mahu belajar menjual borong. Dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong.

8- Kelas iklan mudah.my
mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

9- Rakan niaga / pengurus online
Kami membuka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. Tiga produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

10- Tempahan blog bisnes
Kami juga menawarkan perkhidmatan Tempahan Bina Blog Bisnes.


Bagaimana kelas dijalankan?
- kelas berbentuk tutorial dan dijalankan sepenuhnya scara online
- protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog
- protege akan dimasukkan dalam Group Kelas di Facebook. Komunikasi adalah secara one      to one (personal coaching) melalui PM di Facebook atau Group Kelas.
- nota dan tutorial bergambar disediakan di dalam Group Kelas tersebut.

Bagaimana dengan jadual kelas?
Jadual kelas adalah fleksibel, mengikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui mesej di Facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Apakah tugasan yang perlu dibuat?
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan juga talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan pada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun merek berada.

Di manakah kelas diadakan?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja, tidak ada masa.....
Disebabkan tuan/puan tiada masa, sebab itulah kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk....
Produk kami sediakan. Anda boleh jadi Rakan Niaga Akademi. Jika sudah ada produk lagi ok, boleh teruskan menjual produk yang anda sedang/akan jalankan.

Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan lebih dari itu. Cepat atau lambat adalah bergantung kepada protege itu sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan suri rumah dan suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akedemi dapat membantu menarik trafik ke blog.

Siapa digalakkan menyertai ABDR?
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online atau masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakannya. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Kaum adam juga dialu-alukan untuk menyertainya.

Apakah 'value-added' yang akan anda perolehi?
Kami akan kongsikan tips, tunjuk ajar, panduan dan kumpulan sokongan untuk sama-sama berjaya mencapai matlamat masing-masing menyertai akedemi ini.


Jika anda berminat menjadi ahli keluarga ABDR, boleh hubungi saya;



Call/Sms: 012-7326976
Email: maslindanoor@gmail.com
Facebook: Maslinda Noor
Fanpage: https://www.facebook.com/ked.serbaneka.online

@ terus ke 

http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment