Teks: Maslinda Noor
Imej: Koleksi peribadi
Assalammualaikum,
Salam sejahtera,
Di sini hendak saya kongsikan pada semua tentang keropok udang sedap. Mula-mula MIL saya yang perkenalkan. MIL saya beli di pasar pagi. Mungkin dia berkenan dengan warna dan potongannya yang cantik.
Pada permulaannya saya tidaklah berminat, potongannya memang cantik tapi terlalu tebal. "Mesti keras keropok ni kan" kata saya dalam hati. Tapi demi nak memuaskan hati anak-anak yang asyik ke dapur mencari makanan umpama kucing yang kelaparan, saya pun mulakanlah operasi menggoreng.
Wah, ia membesar dan mengembang dengan cantik! Seronok pula meggoreng. Anak-anak dara saya pun apalagi mulalah menyibuk nak masukkan keropok dalam kuali. Hmm, sudahnya jadi aktiviti bersama pula.
Walaupun tebal ianya rapuh & sangat rangup. Rasanya pulak sedap, seakan-akan Keropok Lobster yang biasanya di jual di stesen-stesen minyak. Memang sedap, makan dengan nasi, bihun, mi atau dimakan begitu sahaja. Sekilogram hanya RM15. Murahkan. Kalau kawan-kawan semua teringin nak rasa ORDERlah dengan saya. Memang berbaloi.
Hubungi saya:
Sms: 0127326976
Fb: Maslinda Noor
Fanpage: Kedai Serbaneka Online
Email: maslindanoor@gmail.com
Teks:
No comments:
Post a Comment