Monday, 12 May 2014

Peranan Ibu Dalam Keluarga


Assalammualaikum,

Teks: Maslinda Noor

Mei bulan yang sinonim dengan Hari Ibu. Tidak kira apapun panggilan sama ada ibu, emak, umi, mama, mummy, ama, peranannya tetap sama.

Peranan ibu dalam keluarga nampak mudah seperti menjaga anak, memasak, membasuh&menggosok pakaian, mengemas, menghantar anak ke sekolah, memantau kerja sekolah, membebel(akulah tu!) dan sebagainya yang berkaitan dengan urusan rumahtangga. Senang kan?

Namun hakikatnya, peranan ibu amatlah sukar dan berat. Lebih-lebih lagi di era cyber dan gadget ini, pelbagai cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak-anak.

Peranan ibu dalam keluarga:

1- Menjadi 'role-model'
  • tunjuk teladan yang baik.
  • berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut.
  • menghormati dan menjaga hubungan antara satu sama lain.
2- Melengkapkan diri dengan ilmu
  • ilmu keibubapaan bagi memahami tanggungjawab yang dipikul
  • ilmu keagamaan agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam mendidik anak-anak
  • ilmu kesihatan agar dapat mencegah dan merawat anak-anak dari sebarang penyakit
  • ilmu pemakanan agar dapat menyediakan gizi yang baik dan seimbang pada keluarganya
3- Memberi perhatian dan kasih sayang
  • berkomunikasi dengan anak
  • memberi sentuhan walau hanya dengan satu jari
  • meluangkan masa berekreasi bersama
4- Memberi didikan agama dan moral
  • mengajar asas solat dan mengaji
  • menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral
  • memupuk anak-anak menghormati dan saling bekerjasama sesama adik beradik
5- Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
  • menegur dan memperbetulkan perlakuan yang tidak baik
  • mengenali kawan-kawan mereka agar tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak
  • memantau kegiatan luar anak-anak agar tidak terjebak ke kancah negatif
Besar sungguh peranan seorang ibu. Mampukah kita merealisasikannya?  

    
 *SELAMAT HARI IBU BUAT IBU-IBU HEBAT SEDUNIA.   



No comments:

Post a Comment